Matahari
merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari
dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter
1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C.
Matahari dikelaskan sebagai bintang
kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari
memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi
dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus
kepada matahari, menjadi buta.
Matahari merupakan satu
bebola plasma dengan
jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang
terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar
600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari
dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah
1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga
matahari yang sampai ke permukaan bumi
dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.







