
Rokok adalah
silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara)
dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah
satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut
pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok,
iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat
daripada bahan busa serabut sintetik
yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual
dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam
kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai
dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan
akibat merokok, misalnya kanser
paru-paru atau serangan jantung.
|
|
No comments:
Post a Comment