Tembok Besar China
(Cina
Tradisional: 長城, Cina Ringkas:
长城, pinyin: Chángchéng; harf. "bandar/kota panjang") atau
(Cina
Tradisional: 萬里長城, Cina Ringkas:
万里长城, pinyin: Wànlǐ Chángchéng; harf. "Tembok panjang 10,000
Li (里)"[1]), merupakan satu siri kubu China silam yang
dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China
daripada serangan puak Mongol dan Turkik.
Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali
hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar
China ini ialah kira-kira 6,400 km,[2] daripada Shanhaiguan
sehingga ke Teluk Bohai di
sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di
sebelah tenggara wilayah Xinjiang.
Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju
melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau
8,851.8 km (5,500.3 bt).[3][4]

No comments:
Post a Comment